Wednesday 31 August 2011

Salam Lebaran. (Raikan hari kemenangan umat Islam secara bersederhana)

Ramadhan yang mulia telah pun berlalu, semoga segala amal baik berganda, dan mudah-mudahan beroleh rahmah serta pahala yang berlimpah.
Syawal kini bertandang, membawa kemenangan pada umat Islam seluruhnya, kerana telah berjaya melaksanakan ibadah puasa. Syawal membawa seribu kegembiraan dan mengeratkan silaturrahim sesama manusia.

Apabila tibanya bulan Syawal, ramai yang sudah menyajikan makanan-makanan yang enak di atas meja, menjemput tetamu ke rumah, saling berkunjung-kunjungan, dan pada waktu malam pula halaman rumah diterangi cahaya dari cucul pelita. Tidak kurang juga ada yang bermain mercun dan saling berhibur.


Hendak berhibur harus berpada-pada. Kita semua sedia maklum bahawa pada Hari Raya ramai yang akan berhibur kerana ingin meraikan hari kemenangan (main mercun, ber'karaoke', makan angin, dll), tapi kita harus ingat, pada bulan Syawal juga Syaitan Iblis sudah dibebaskan dari neraka dan mereka sangat gembira kerana mereka kembali menyesatkan dan mengotorkan hati manusia.

Oleh itu kita haruslah meraikan Lebaran dalam suasana yang sederhana dan sentiasa dalam tawadhuk. Janganlah meraikannya dengan hiburan yang melebih-lebih, kerana hiburan-hiburan seperti itu akan melalaikan mengurangkan pahala yang telah kita perolehi semasa dalam bulan Ramadhan.

Dalam Bulan Syawal:
* Saling bermaaf-maafan
* Masjid tidak dilupakan tatkala bergembira
* Berpuasa 6
* Meneruskan Qiyamullail
* Bersedekah dan membantu mereka yang dalam kesusahan
* Kunjung-mengunjungi

Selamat Hari Raya, Minal Aidil Wal Fa'izhin..

Monday 22 August 2011

Senyuman & Kenangan Manis Bersama Sayyidina Rasulullah SAW.

Ketika Bergurau Dengan Zahir

Dalam pergaulannya, Sayyidina Rasulullah SAW tidak membeza-bezakan manusia berdasarkan kedudukan sosial masyarakatnya. Baginda memperlakukan setiap orang sama rata sehingga baginda sangat disukai oleh sesiapa sahaja.

Baginda juga akrab dengan sesiapa sahaja termasuklah dengan Zahir, seorang Badwi yang berkulit hitam dan berwajah hodoh.

Anas menceritakan bahawa seorang Badwi yang bernama Zahir sering datang kepada Baginda Rasulullah SAW dengan membawa hadiah dari kampungnya. Ketika hendak pulang, seperti biasa, baginda juga menyediakan hadiah untuk dibawa pulang.

Baginda Rasulullah SAW sangat sayang kepada Zahir, walaupun mukanya sangat hodoh dan kulitnya sangat hitam.

Ketika Zahir sedang menjual barang dagangannya, beliau dipeluk oleh Baginda Rasulullah SAW dari belakang. Zahir tidak tahu siapa yang memeluknya. Zahir berkata dengan suara kuat: "Lepaskan aku,siapa kamu?"

Apabila Zahir menoleh ke belakang, beliau mengetahui bahawa yang memeluknya adalah Baginda Rasulullah SAW. Melihat baginda yang memeluknya, Zahir tidak mensia-siakan kesempatan ini, dia segera melekatkan belakangnya ke dada baginda. Dengan tersenyum baginda berkata: "Siapa yang mahu membeli hamba ini?"

Mendengar perkataan baginda Rasulullah SAW, Zahir terus berkata: "Ya Rasulullah, jika demikian, aku tidak akan laku untuk dijual."

Dendan senyuman baginda menjawab: "Di sisi Allah engkau akan laku."

Friday 12 August 2011

Love in Qur’an and Hadith

From the Quran

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
“And yet there are some people, who replace Allah with rivals, loving them as Allah is loved. But the believers love Allah more intensely” (Surah Al-Baqarah 2:165) 

 زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَ‌ٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
“It was made attractive to people, the love of things they crave; women, sons, heaped-up heaps of gold and silver, branded horses, cattle and will-tilled land. But that is for the enjoyment of this worldly life, But Allah, with Him is the beautiful homecoming” (Surah Imrân 3:14)

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ
إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ
فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَنِعْمَةً ۚ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

“O you believe  … Allah has made you love the Faith, and made it so beautiful in your hearts, and has made you hate disbelief, immorality and rebelliousness. These are the righteous. This is grace and bounty, from Allah, as Allah is All-knowledgeable and All-Wise” (Surah Hujurat 49:6-8)


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Say (O Mohammed) “If you do love Allah, follow me, Allah will love you, and forgive your sins, as Allah is All-Forgiving, All-Merciful”. Surah Imrân (3:31)



 يا ترون. لا تحب أن الله لن يغفر لكم
“O you believe  … Do not you love that Allah would forgive you?” (Surah Noor 24:22)



The Hadith:

”Allah almighty said: If My servant loves to meet Me, I love to meet him, and if he hates to meet Me, I hate to meet him.” (Al- Bukhari)


 ”The most loved person by Allah Almighty on the Day of Judgment and nearest to Him is a just ruler. And the most hated person by Allah Almighty on the Day of Judgment and farthest from Him is an unjust ruler.” (Tirmizi)


“If a Muslim loves his Muslim brother, he should inform him.” (Tirmizi)


Allah would say on the Day of Judgment: “Where are those who love each other for the sake of My glory? Today I will shelter them with My shade, as there is no shade today except My shade”.” (Muslim)





Umpama Segenggam Garam

Seorang guru sufi menemui muridnya yang asyik termenung dan berwajah murung. Guru sufi itu tersenyum apabila mendengar masalah yang diceritakan muridnya.



"Nah ambil segelas air dan bubuh segenggam garam," arah si guru sufi.
Si murid pun mengikut arahan gurunya dan memasukkan segenggam garam.


"Cuba minum sedikit." Lantas si murid pun meneguk air yang telah dibubuh segenggam garam itu. Wajah murid itu mencebik setelah meminum air masin tadi. "Fuh! Masin! Tekak mual!" jawab si murid.


Peliknya guru sufi itu hanya tersenyum sambil ketawa. Si murid tadi masih hairan,mengapa gurunya menyuruh meminum air garam tersebut.


"Nak,sekarang mari ikut ke tasik," ajak guru sufi sambil meminta membawa segenggam lagi garam ke arah sebuah tasik.


"Lemparkan garam itu ke tasik!" arah si guru.. Muridnya segera mengikut arahannya.


"Sekarang cuba minum air tasik ini," arah si guru lagi. Muridnya menenggupkan kedua kedua belah tangan ke mulutnya.


"Ah..segar sekali air ini!" kata si murid itu.


"Masih terasa kah garam seperti air dalam gelas itu tadi?" tanya gurunya. Si murid cuma menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Segala masalah hidup ini umpama segenggam garam. Banyaknya masalah hidup sudah diqadarkan oleh ALLAH SWT sesuai dengan diri seseorang. Tiada seorang manusia waima seorang nabi terlepas dari penderitaan dan masalah hidup," kata gurunya.

"Tapi penderitaan yang dialami itu bergantung pada besarnya Qalbu (Hati) yang menampungnya. Jadi, supaya tidak rasa menderita,berhentilah menjadi gelas,jadikanlah Qalbu dalam dadamu sebesar tasik."

Sunday 7 August 2011

Laungan Azan..Manusia sangat rugi..

Tatkala laungan Azan berkumandang..
"Allahu Akbar Allahu Akbar!"
Semua bergegas....
Ke arah juadah di atas meja........

Adakah laungan Azan hanya dinantikan ketika Ramadhan sahaja?
Adakah Azan menandakan tibalah waktu makan?
Ya memang benar laungan Azan maghrib menandakan kita perlu berbuka..
Tapi kita tak boleh lupa tanggungjawab kita kepada-Nya..
Dia mengurniakan kita rezeki yang murah,
tapi kita menikmati tanpa rasa bersyukur..
Kita lupa menyembah-Nya..sedangkan itulah tanggungjawab kita kepada Pencipta..
Bulan yang mulia ini bukan pula untuk menambah pahala,
Tapi menjauhi pahala.......Manusia sangat rugi..
Kerna membiarkan laungan Azan berlalu...tanpa menyahutnya....

Tatkala laungan Azan berkumandang..
"Allahu Akbar Allahu Akbar!"
Semua bergegas....
Ke arah bilik tidur......

Adakah laungan Azan menandakan tibalah waktu tidur?
Ya kita bersahur sebelum subuh...dan berhenti makan apabila Azan subuh berkumandang..
Tapi manusia lupa..untuk mengabdikan diri kepada-Nya..
Kerna kekenyangan, mereka lebih rela menyahut panggilan bantal, untuk beradu..
Sedangkan Allah menghujani rezeki yang berlimpah ruah ketika subuh..
Dimanakah kesedaran manusia?

Adakah laungan Azan hanya ingin didengari ketika Ramadhan?

Sebelum tiba Ramadhan:
Suka dengar radio, pasang muzik yang menghiburkan..
Bila terdengar tazkirah, cepat-cepat tukar saluran..cepat-cepat pasang CD..
Pura-pura tak tahu/ tak mahu ambil tahu tentang masuknya waktu..

Semasa Ramadhan:
Tak sabar buka radio..tukar ke saluran IKIM dll..
Tak sabar dengar tazkirah..kerana tazkirah menandakan hampir masuk waktu..
Tak sabar dengar laungan Azan..kerana perut sudah ber'keroncong'..
Awal suara Mu'azzin melaungkan Azan, terus tukar saluran..
Sekurang-kurangnya tahu dah masuk waktu..
Boleh berbuka..
Kemudian lupa.............Ibadah yang utama..Solat..
Manusia rugi....kerna membiarkan laungan Azan berlalu tanpa mengikutinya..

Beringat-ingatlah..Umur tak lama..Dunia tak kekal..Akhirat memanggil-manggil..Pahala tak cukup..Ibadah sia-sia..Manusia sangat rugi..




Saturday 6 August 2011

Ya Allah, permudahkanlah segalanya bagiku..

Sesungguhnya kehidupan di dunia sangat pantas berlalu. Bila kita leka, kita akan jauh tertinggal. Amatlah susah untuk kita kejar kembali.
Dalam kesibukan dunia, manusia akan mudah merasa tertekan, kerana tiada bimbingan, tiada motivasi dan tiada kekuatan semangat.
Malah manusia akan mudah menjadi kusut bila menghadapi masalah-masalah peribadi sekaligus.
Maka bermohonlah kepada Allah SWT..agar dipermudahkan segalanya.. Hanya dengan memohon kepada-Nya, yang kusut menjadi lurus, yang sempit menjadi luas, dan yang luka menjadi sembuh.


Amalkan doa dibawah. Dipetik dari ayat alquran dari surah Taha, ayat 25- 28.
بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya:

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
“Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;

“Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,

“Supaya mereka faham perkataanku;




Insya Allah Dia akan mempermudahkan segalanya buat kita..Allahumma amien..

Thursday 4 August 2011

Rahsia Mata




Apa yang ada pada mata? Apabila kita berbicara dengan sesorang, kita akan lebih tertumpu kepada matanya. Terdapat sesuatu tentang mata yang membuatkan kita tertarik atau kurang berminat untuk melanjutkan bicara.


Mata adalah kunci untuk mengetahui sifat seseorang. Terdapat mata yang kuyu, mata yang galak, mata yang mempunyai lirikan yang tajam, dll.



Mata seperti ini; Keningnya melengkung hampir kepada mata, saiz mata yang bulat dan galak.Seorang yang bersifat suka berterus terang, memandang semua perkara secara serius, kadangkala sangat suka berahsia. Pandangan mata yang tajam menunjukkan bahawa mereka seorang yang sangat peka terhadap orang lain, tetapi mudah membuat kesimpulan tentang orang lain. Mereka juga samada berpandangan baik terhadap orang di sekeliling atau sebaliknya.


Bermata bulat, kening melengkung ke atas dan mata yang tidak redup.Mereka yang memiliki sepasang mata seperti ini adalah seorang yang periang, tidak serius, senang menghiburkan orang lain, dan sentiasa positif. Mereka boleh jadi ibubapa yang penyayang, tetapi tidak tegas. Mereka suka bermain-main, adakalanya sering mempermainkan perasaan orang lain, dan meyebabkan orang lain kecewa. Dalam satu profesion, mereka mungkin kurang berkarisma, akan tetapi mereka boleh menarik perhatian orang ramai hanya melalui gaya spontan dan jenaka mereka.


Bermata galak, bentuk mata yang sempurna lengkungan serta garisnya.Mereka memiliki keyakinan diri yang tinggi: sesetengah yang lain tidak memiliki keyakinan diri yang tinggi. Mereka berbicara melalui hati (dari matanya terpancar seribu cerita yang tidak terluah). Mereka adakalanya suka bersendirian dan suka berahsia, namun terdapat juga yang suka bersosial. Mempunyai pemahaman sendiri tentang kehidupan. Mereka bijak memainkan peranan dalam kehidupan seharian, dan senang memahami orang lain. Tapi terdapat juga mereka yang memiliki pasangan mata seperti ini yang suka bermain perasaan.


Bermata redup.Mereka seorang yang sangat suka mengambil berat terhadap orang-orang yang disayangi mereka. Adakalanya mereka bersikap obses terhadap perkara yang mereka inginkan. Mampu menyelesaikan masalah dengan cara sendiri secara berkesan. Seorang yang penyayang dan peka. Memiliki pandangan yang jauh terhadap kehidupan.


Mata yang tidak terlalu besar, dan melentik di hujung.Mempunyai pandangan yang positif dalam kehidupan. Sentiasa menceriakan orang lain yang berada di sekeliling mereka. Tetapi mereka sukar menerima pendapat orang lain, dan sering kali membantah. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang bersikap terbuka dan menerima pandangan orang lain.

*Setiap manusia mempunyai sifat yang berbeza-beza. Kepelbagaian ragam inilah yang menjadikan manusia begitu unik dan istimewa. Perbezaan ragam ini juga yang akan menjadikan manusia saling melengkapi antara satunya. Jika yang lain seorang yang pemarah, pasti ada yang mampu menyejukkan. Jika yang lain sering alpa, pasti ada yang mampu mengingatkan.*

Banyak lagi jenis mata yang boleh kita lihat dan nilai sendiri. Penilaian bukanlah untuk membeza-bezakan manusia, tetapi ia adalah untuk mengenali manusia dengan lebih mendalam.






Wednesday 3 August 2011

Cinta/Mahabbah/Love..

Cinta. Suatu fitrah yang tak mungkin kita dapat lari darinya. Fitrah yang menjadikan manusia saling melengkapi antara satunya. Cinta yang tertanam dalam jiwa, yang mengalir dalam darah, yang terabdi pada nama. Cinta membawa kebahagiaan dan menyenangkan, tetapi ada masanya ia membawa kepada kesakitan dan kesengsaraan.

Akan timbul satu persoalan dalam diri kita: Akan bahagiakah kita jika kita membenarkan perasaan cinta menguasai hati dan jiwa? Atau adakah cinta akan berakhir dengan fenomena perpisahan yang menyedihkan? Semestinya cinta sesama manusia terlalu rumit sehingga kita sukar memastikan apakah penghujungnya.

Cinta sesama manusia yang ditekankan di sini adalah cinta antara Rojul wa Nisa'.

Manusia beranggapan ia adalah cinta yang benar-benar memenuhi keinginan hati, umpamanya 'makanan jiwa'. Tanpanya manusia tidak dapat hidup dan tidak mampu mengecapi bahagia. Tapi hakikatnya ramai yang lebih terseksa tatkala bercinta. Tidak salah bercinta kerana ia merupakan fitrah manusia untuk saling berkasih-kasihan. Tapi kita harus mengikuti jalan yang betul. 

Bernikah. Agama menggalakkan pernikahan untuk menyuburkan perasaan cinta di atas jalan yang halal dan diredhai. Sesungguhnya Rasullulah SAW pernah bersabda: "Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)



Pernikahan akan menghindarkan seseorang daripada melakukan maksiat. Golongan remaja pada zaman sekarang tidak segan silu melakukan perkara-pekara yang dilarang keras oleh Allah SWT seperti berdua-duaan lelaki dan perempuan, bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan Mahram, dan zina. (Nauzubillah..). Oleh itu perkahwinan amat digalakkan sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

InsyaAllah dengan menyalurkan rasa cinta melalui pernikahan, hubungan sesama manusia sentiasa akan terpelihara dan memperoleh nikmat yang tidak terhingga dari-Nya.

Cinta Suka-suka.
Ia merupakan cinta yang memeritkan. Cinta yang tiada bergantung pada sebarang tanggungjawab, cinta yang didasarkan pada nafsu, dan cinta yang hanya sekadar suka-suka. Cinta seperti ini adalah cinta yang sementara, dan tidak membawa sebarang kebaikan melainkan hanya mendapat keburukan.

Apabila seseorang terlibat dalam cinta seperti ini, mereka akan sering merasa kecewa, sering disakiti, diambil kesempatan, dan tidak dihargai. Kenapakah manusia pada masa kini sangat suka melibatkan diri dalam percintaan seperti ini sedangkan mereka tahu ia tidaklah bahagia seperti yang difikirkan. Apabila soalan seperti ini ditanyakan, pasti jawapannya "Suka-suka..", "Ikut trend..", "Dia ada boy/girl,aku pun nak la..", dan macam-macam lagi jawapan yang sangat tidak matang.

Sesungguhnya cinta seperti ini juga yang membuatkan kita lalai terhadap cinta Allah, dan sekaligus menjauhkan kita dari kasih sayang-Nya. "Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir".(16:107).

Saudara saudari yang dirahmati Allah. Nukilan ringkas ini tiada lain hanyalah untuk memberi ingatan dan berkongsi ilmu. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari segala perkara yang sia-sia, dan semoga kita didekatkan pada cinta yang diredhai-Nya. InsyaAllah setiap manusia berhak memperoleh cinta yang didambakan, asal sahaja ia tidak lari dari landasan agama. Sesungguhnya cinta menjadikan fikrah serta tingkah laku kita lebih matang. Tetapi ingatlah, cinta segala cinta adalah cinta kepada Pencipta. Subhanallah. Dialah Pencinta yang sebenar.

Monday 1 August 2011

Senyuman & Kenangan Manis bersama Rasulullah SAW

Ketika berlumba dengan Aisyah

Kehidupan rumahtangga Rasulullah SAW yang harmoni dan mesra patut dijadikan tauladan oleh umatnya. Baginda sangat pandai mencipta suasana damai dan tenteram dalam rumahtangganya.

Ketika berada berhampiran dengan isterinya, baginda suka bergurau senda, bermain atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyenangkan hati isterinya.

Kadangkala baginda mengucapkan kata-kata yang boleh membuat isterinya tertawa. Semua baginda lakukan semata-mata untuk menghiburkan isterinya.

Aisyah pernah meriwayatkan cerita bersama Rasulullah SAW:
"Pada suatu ketika, aku ikut bersama Rasulullah dalam satu perjalanan. Ketika itu badanku masih kurus. KemudianRasulullah menyuruh rombongan yang meyertai kami untuk berjalan di hadapan terlebih dahulu. Lalu baginda berkata kepadaku: "Ayuh, kita berlumba lari"
"Dalam perlumbaan itu aku berlari sangat laju sehingga mendahului Rasulullah SAW. Namun baginda diam sahaja apabila kalah dalam perlumbaan.
Ketika dalam perjalanan lain di mana badanku sudah bertambah gemuk, baginda menyuruh rombongan untuk berjalan mendahului kami.
Dalam perlumbaan ini aku berlari dengan sangat laju, tetapi Rasululla SAW berlari lebih laju lagi sehingga baginda dapat mendahului aku. Sambil tersenyum baginda berkata kepadaku:
"Ini sebagai penebus kekalahanku yang dahulu."