Wednesday 9 November 2011

Insan Bernama Kekasih

Wahai kekasih,
Aku mencintaimu bukan kerana kesempurnaan wajahmu,
Tetapi kerana cahaya di wajahmu..


Aku mencintaimu bukan kerana kebaikanmu semata,
Tetapi kerana keruntunan akhlakmu..


Aku mencintaimu bukan kerana kemerduan suaramu ketika mendendangkan lagu,
Tetapi kerana kelunakan suaramu tatkala membaca ayat-ayat suci..


Aku mencintaimu bukan kerana hartamu yang berlimpah,
Tetapi kerana hartamu engkau belanjakan pada jalanNya..




Tarikanmu adalah mata...yang sentiasa engkau tundukkan ketika melihatku..


Suara yang sentiasa engkau rendahkan tatkala berbicara..


Tingkah laku yang sentiasa sederhana..


Dan bicara yang berhikmah..


Engkau bukan insan yang terlalu sempurna, tetapi engkau Istimewa..


Akanku titip namamu dalam Do'a..
Mengharap keredhaan dan keberkatan dariNya..
Semoga kita bersatu dalam maghfirahNya..
Menyemai benih mahabbah yang suci dalam jiwa..


Andai dunia bukan untuk kita,
InsyaAllah akhirat sana tempat kita bersama...
Allahumma Amienn..

Insan Bernama Kekasih

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Please leave your comment here.^^