Friday 30 December 2011

Aku setia menantimu..


Ya Rabb, telah ada seorang insan yang Engkau pilih sebagai peneman hidupku,
Isimnya telah Engkau tulis di Luh Mahfuz sejak sekian lama,
Maka aku berserah seluruh jiwa ragaku padaMu,
Kerna ku tahu dia yang Engkau pilih adalah yang terbaik buatku..

Ya Rabb, jika benar aku akan merasa betapa nikmat
Menjadi makmumnya,
Menjadi temannya,
Menjadi penghiburnya,
Menjadi kekasihnya,
Menjadi bidadari di kamarnya,
Iaitu..Menjadi Zaujahnya..
Rela ku menanti seberapa lama sekalipun,
Kerna tiada yang lebih indah selain menjadi yang Halal buat dirinya..

Ya Rabb, biar kami jauh terpisah,
Biar kami lambat bertemu,
Yang pasti kami akan tetap bersama,
Kerna Engkau telah menjanjikannya untukku..


*Mungkinkah Allah akan satukan kami pada esok hari? Seminggu lagi? Sebulan? Setahun? Yang pasti Allah telah ada perancanganNya yang agung buat kita semua..Bersabarlah..Kamu pasti akan dapat bersama dengan pasanganmu kelak. Tak di dunia, di akhirat kelak..InsyaAllah....^^*

:;Nourl_Qalb;:


Wednesday 14 December 2011

Apabila artis wanita di Malaysia memakai Hijab

Syukur Alhamdulillah.. Allah swt telah menunjukkan kepada sebahagian artis-artis wanita di Malaysia untuk menutup aurat mereka dengan sebaiknya.. Ternyata mereka kelihatan lebih ayu dan lebih anggun apabila mengenakan hijab..

Walaupun demikian, hanya segelintir sahaja yang benar-benar telah berhijrah kepada lebih menutup aurat. Dan selebihnya, semoga Allah tetapkan hati mereka untuk terus menutup aurat dan berubah kepada yang lebih baik. InsyaAllah.



1. Fazura



2. Maya Karin



3. Erra Fazira



4. Siti Nurhaliza



5. Fasha Sandha



6. Lisa Surihani



7. Nora Danish



8. Neelofa



9. Elyana



10. Fouziah Gous



11. Tiz Zaqyah


Foto-foto yang berikut adalah foto artis wanita yang telah berhijrah emej dari tak bertudung kepada bertudung..


1. Siti Nordiana



2. Farah Diana



3. Catriona Ross



4. Raja Farah



5. Diana Amir



6. Akma



7. Irma Hasmi



8. Wardina


 Sebenarnya ramai lagi artis wanita di Malaysia yang telah menukar emej mereka kepada menutup aurat dan berhijab. Alhamdulillah hati-hati mereka dibukakan Allah untuk merasai nikmat keimanan dan keredhaan. Semoga Allah kekalkan mereka pada jalan yang diberkati, dan semoga mereka berjaya membawa tauladan yang baik kepada para peminat di luar sana.

Sebagai seorang artis yang perlu menonjolkan diri di khalayak ramai, pembukaan aurat sesuatu yang sangat berat kerana aurat mereka dilihat oleh berjuta manusia ajnabi, dan sudah tentu dosa pasti akan berganda-ganda kerana mereka mencetuskan zina mata kepada kaum Adam. 

Bagi artis-artis yang masih belum terbuka hati untuk berubah, kita doakan semoga Allah membukakan hati mereka untuk berubah kepada yang lebih baik. Sesungguhnya menutup aurat adalah satu kewajipan bagi manusia terutamanya kaum Hawa.


Subhanallah..Na'uzubillah..
Semoga Allah memberi Hidayah kepada kita.

Allahumma Amien..








Thursday 8 December 2011

Kontras Bahagia

Apabila dibicara soal bahagia, pasti ramai yang mengaitkannya dengan 'Cinta'..
Ya..memang benar cinta membawa kepada bunga-bunga bahagia....ia mekar mengharum dalam singgahsana hati.. tapi..
Bunga tak selalu mekar..sampai masanya ia menguncup..dan mekar kembali bila tiba masa yang lain..
Bunga tak selalu harum..bila layu ia akan membusuk jua..

***********
Cinta itu ibarat jaluran warna.. Warna-warna yang cerah begitu jelas kelihatan dan begitu indah pada pandangan..tetapi di sebalik jalur-jalur warna itu, terselit jalur warna yang lebih gelap..seperti hitam dan coklat. 
Umpamanya warna yang cerah itu adalah saat-saat bahagia..ia begitu mendamaikan dan begitu indah untuk dihayati..sedangkan warna yang gelap itu menandakan kedukaan..dan kekecewaan..

Tetapi..  Tanpa warna yang gelap itu, jalur-jalur warna takkan kelihatan sempurna..seni kontras langsung sahaja tiada menyebabkan warna kelihatan lebih membosankan..kerana itulah warna gelap sangat penting...untuk mewujudkan kontras padanya..bila terjadinya kontras, warna-warna itu seakan-akan hidup, lebih terang dan lebih indah dilihat..

Begitulah hakikat dalam cinta.. Manusia tak selalu menghirup udara bahagia, sering sahaja asap duka menyelubungi.. Untuk mencapai kemanisan percintaan, manusia perlu merasa keperitan itu..kerana keperitan itu mengajar manusia untuk lebih ampuh dalam mempertahankan hati, lebih bijak dalam menyelesaikan masalah, lebih terbuka untuk menerima kelemahan pasangan, dan lebih bersedia untuk berdepan dengan dugaan yang lain.

Kontras bahagia adalah duka..duka lah yang menjadikan warna-warna cinta bertambah menarik..oleh itu setiap manusia haruslah bersedia menerima sesuatu yang 'gelap' dalam sejarah percintaan mereka untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman..dalam duka ada pengorbanan dan pengajaran..dalam pengorbanan dan pengajaran, ada kebahagiaan serta penghargaan..

*Tanpa Kontras Bahagia, Jalur Warna Cinta Takkan Kelihatan Indah Untuk Dihayati*