Wednesday 14 December 2011

Apabila artis wanita di Malaysia memakai Hijab

Syukur Alhamdulillah.. Allah swt telah menunjukkan kepada sebahagian artis-artis wanita di Malaysia untuk menutup aurat mereka dengan sebaiknya.. Ternyata mereka kelihatan lebih ayu dan lebih anggun apabila mengenakan hijab..

Walaupun demikian, hanya segelintir sahaja yang benar-benar telah berhijrah kepada lebih menutup aurat. Dan selebihnya, semoga Allah tetapkan hati mereka untuk terus menutup aurat dan berubah kepada yang lebih baik. InsyaAllah.



1. Fazura



2. Maya Karin



3. Erra Fazira



4. Siti Nurhaliza



5. Fasha Sandha



6. Lisa Surihani



7. Nora Danish



8. Neelofa



9. Elyana



10. Fouziah Gous



11. Tiz Zaqyah


Foto-foto yang berikut adalah foto artis wanita yang telah berhijrah emej dari tak bertudung kepada bertudung..


1. Siti Nordiana



2. Farah Diana



3. Catriona Ross



4. Raja Farah



5. Diana Amir



6. Akma



7. Irma Hasmi



8. Wardina


 Sebenarnya ramai lagi artis wanita di Malaysia yang telah menukar emej mereka kepada menutup aurat dan berhijab. Alhamdulillah hati-hati mereka dibukakan Allah untuk merasai nikmat keimanan dan keredhaan. Semoga Allah kekalkan mereka pada jalan yang diberkati, dan semoga mereka berjaya membawa tauladan yang baik kepada para peminat di luar sana.

Sebagai seorang artis yang perlu menonjolkan diri di khalayak ramai, pembukaan aurat sesuatu yang sangat berat kerana aurat mereka dilihat oleh berjuta manusia ajnabi, dan sudah tentu dosa pasti akan berganda-ganda kerana mereka mencetuskan zina mata kepada kaum Adam. 

Bagi artis-artis yang masih belum terbuka hati untuk berubah, kita doakan semoga Allah membukakan hati mereka untuk berubah kepada yang lebih baik. Sesungguhnya menutup aurat adalah satu kewajipan bagi manusia terutamanya kaum Hawa.


Subhanallah..Na'uzubillah..
Semoga Allah memberi Hidayah kepada kita.

Allahumma Amien..








2 comments:

  1. insyaallah..harap artis blh memberi contoh yg baik bkn yg x baik..amin..^_^

    ReplyDelete
  2. insyaallah..itulah yg diharapkan..:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Please leave your comment here.^^