Thursday 4 August 2011

Rahsia Mata




Apa yang ada pada mata? Apabila kita berbicara dengan sesorang, kita akan lebih tertumpu kepada matanya. Terdapat sesuatu tentang mata yang membuatkan kita tertarik atau kurang berminat untuk melanjutkan bicara.


Mata adalah kunci untuk mengetahui sifat seseorang. Terdapat mata yang kuyu, mata yang galak, mata yang mempunyai lirikan yang tajam, dll.



Mata seperti ini; Keningnya melengkung hampir kepada mata, saiz mata yang bulat dan galak.Seorang yang bersifat suka berterus terang, memandang semua perkara secara serius, kadangkala sangat suka berahsia. Pandangan mata yang tajam menunjukkan bahawa mereka seorang yang sangat peka terhadap orang lain, tetapi mudah membuat kesimpulan tentang orang lain. Mereka juga samada berpandangan baik terhadap orang di sekeliling atau sebaliknya.


Bermata bulat, kening melengkung ke atas dan mata yang tidak redup.Mereka yang memiliki sepasang mata seperti ini adalah seorang yang periang, tidak serius, senang menghiburkan orang lain, dan sentiasa positif. Mereka boleh jadi ibubapa yang penyayang, tetapi tidak tegas. Mereka suka bermain-main, adakalanya sering mempermainkan perasaan orang lain, dan meyebabkan orang lain kecewa. Dalam satu profesion, mereka mungkin kurang berkarisma, akan tetapi mereka boleh menarik perhatian orang ramai hanya melalui gaya spontan dan jenaka mereka.


Bermata galak, bentuk mata yang sempurna lengkungan serta garisnya.Mereka memiliki keyakinan diri yang tinggi: sesetengah yang lain tidak memiliki keyakinan diri yang tinggi. Mereka berbicara melalui hati (dari matanya terpancar seribu cerita yang tidak terluah). Mereka adakalanya suka bersendirian dan suka berahsia, namun terdapat juga yang suka bersosial. Mempunyai pemahaman sendiri tentang kehidupan. Mereka bijak memainkan peranan dalam kehidupan seharian, dan senang memahami orang lain. Tapi terdapat juga mereka yang memiliki pasangan mata seperti ini yang suka bermain perasaan.


Bermata redup.Mereka seorang yang sangat suka mengambil berat terhadap orang-orang yang disayangi mereka. Adakalanya mereka bersikap obses terhadap perkara yang mereka inginkan. Mampu menyelesaikan masalah dengan cara sendiri secara berkesan. Seorang yang penyayang dan peka. Memiliki pandangan yang jauh terhadap kehidupan.


Mata yang tidak terlalu besar, dan melentik di hujung.Mempunyai pandangan yang positif dalam kehidupan. Sentiasa menceriakan orang lain yang berada di sekeliling mereka. Tetapi mereka sukar menerima pendapat orang lain, dan sering kali membantah. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang bersikap terbuka dan menerima pandangan orang lain.

*Setiap manusia mempunyai sifat yang berbeza-beza. Kepelbagaian ragam inilah yang menjadikan manusia begitu unik dan istimewa. Perbezaan ragam ini juga yang akan menjadikan manusia saling melengkapi antara satunya. Jika yang lain seorang yang pemarah, pasti ada yang mampu menyejukkan. Jika yang lain sering alpa, pasti ada yang mampu mengingatkan.*

Banyak lagi jenis mata yang boleh kita lihat dan nilai sendiri. Penilaian bukanlah untuk membeza-bezakan manusia, tetapi ia adalah untuk mengenali manusia dengan lebih mendalam.






0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Please leave your comment here.^^