Wednesday 31 August 2011

Salam Lebaran. (Raikan hari kemenangan umat Islam secara bersederhana)

Ramadhan yang mulia telah pun berlalu, semoga segala amal baik berganda, dan mudah-mudahan beroleh rahmah serta pahala yang berlimpah.
Syawal kini bertandang, membawa kemenangan pada umat Islam seluruhnya, kerana telah berjaya melaksanakan ibadah puasa. Syawal membawa seribu kegembiraan dan mengeratkan silaturrahim sesama manusia.

Apabila tibanya bulan Syawal, ramai yang sudah menyajikan makanan-makanan yang enak di atas meja, menjemput tetamu ke rumah, saling berkunjung-kunjungan, dan pada waktu malam pula halaman rumah diterangi cahaya dari cucul pelita. Tidak kurang juga ada yang bermain mercun dan saling berhibur.


Hendak berhibur harus berpada-pada. Kita semua sedia maklum bahawa pada Hari Raya ramai yang akan berhibur kerana ingin meraikan hari kemenangan (main mercun, ber'karaoke', makan angin, dll), tapi kita harus ingat, pada bulan Syawal juga Syaitan Iblis sudah dibebaskan dari neraka dan mereka sangat gembira kerana mereka kembali menyesatkan dan mengotorkan hati manusia.

Oleh itu kita haruslah meraikan Lebaran dalam suasana yang sederhana dan sentiasa dalam tawadhuk. Janganlah meraikannya dengan hiburan yang melebih-lebih, kerana hiburan-hiburan seperti itu akan melalaikan mengurangkan pahala yang telah kita perolehi semasa dalam bulan Ramadhan.

Dalam Bulan Syawal:
* Saling bermaaf-maafan
* Masjid tidak dilupakan tatkala bergembira
* Berpuasa 6
* Meneruskan Qiyamullail
* Bersedekah dan membantu mereka yang dalam kesusahan
* Kunjung-mengunjungi

Selamat Hari Raya, Minal Aidil Wal Fa'izhin..

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Please leave your comment here.^^