Monday 22 August 2011

Senyuman & Kenangan Manis Bersama Sayyidina Rasulullah SAW.

Ketika Bergurau Dengan Zahir

Dalam pergaulannya, Sayyidina Rasulullah SAW tidak membeza-bezakan manusia berdasarkan kedudukan sosial masyarakatnya. Baginda memperlakukan setiap orang sama rata sehingga baginda sangat disukai oleh sesiapa sahaja.

Baginda juga akrab dengan sesiapa sahaja termasuklah dengan Zahir, seorang Badwi yang berkulit hitam dan berwajah hodoh.

Anas menceritakan bahawa seorang Badwi yang bernama Zahir sering datang kepada Baginda Rasulullah SAW dengan membawa hadiah dari kampungnya. Ketika hendak pulang, seperti biasa, baginda juga menyediakan hadiah untuk dibawa pulang.

Baginda Rasulullah SAW sangat sayang kepada Zahir, walaupun mukanya sangat hodoh dan kulitnya sangat hitam.

Ketika Zahir sedang menjual barang dagangannya, beliau dipeluk oleh Baginda Rasulullah SAW dari belakang. Zahir tidak tahu siapa yang memeluknya. Zahir berkata dengan suara kuat: "Lepaskan aku,siapa kamu?"

Apabila Zahir menoleh ke belakang, beliau mengetahui bahawa yang memeluknya adalah Baginda Rasulullah SAW. Melihat baginda yang memeluknya, Zahir tidak mensia-siakan kesempatan ini, dia segera melekatkan belakangnya ke dada baginda. Dengan tersenyum baginda berkata: "Siapa yang mahu membeli hamba ini?"

Mendengar perkataan baginda Rasulullah SAW, Zahir terus berkata: "Ya Rasulullah, jika demikian, aku tidak akan laku untuk dijual."

Dendan senyuman baginda menjawab: "Di sisi Allah engkau akan laku."

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Please leave your comment here.^^