Monday 1 August 2011

Senyuman & Kenangan Manis bersama Rasulullah SAW

Ketika berlumba dengan Aisyah

Kehidupan rumahtangga Rasulullah SAW yang harmoni dan mesra patut dijadikan tauladan oleh umatnya. Baginda sangat pandai mencipta suasana damai dan tenteram dalam rumahtangganya.

Ketika berada berhampiran dengan isterinya, baginda suka bergurau senda, bermain atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyenangkan hati isterinya.

Kadangkala baginda mengucapkan kata-kata yang boleh membuat isterinya tertawa. Semua baginda lakukan semata-mata untuk menghiburkan isterinya.

Aisyah pernah meriwayatkan cerita bersama Rasulullah SAW:
"Pada suatu ketika, aku ikut bersama Rasulullah dalam satu perjalanan. Ketika itu badanku masih kurus. KemudianRasulullah menyuruh rombongan yang meyertai kami untuk berjalan di hadapan terlebih dahulu. Lalu baginda berkata kepadaku: "Ayuh, kita berlumba lari"
"Dalam perlumbaan itu aku berlari sangat laju sehingga mendahului Rasulullah SAW. Namun baginda diam sahaja apabila kalah dalam perlumbaan.
Ketika dalam perjalanan lain di mana badanku sudah bertambah gemuk, baginda menyuruh rombongan untuk berjalan mendahului kami.
Dalam perlumbaan ini aku berlari dengan sangat laju, tetapi Rasululla SAW berlari lebih laju lagi sehingga baginda dapat mendahului aku. Sambil tersenyum baginda berkata kepadaku:
"Ini sebagai penebus kekalahanku yang dahulu."


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Please leave your comment here.^^